Awalnya aku seakan terpana
melihat kau bergandingan dengannya
Rasa darah panas menyirap ke muka
Namun aku sedar aku bukan siapa-siapa denganmu,
Lalu aku hanya tersenyum bisu,
Melihat senyuman bahagia di wajahmu
Membuat doa ikhlas terlintas di hatiku
Wahai kekasih hatiku, ku doakan agar kau bahagia
Bahagia dengan dia yang telah mencuri hatimu
Ku akan terus membisu
Bukan kerana aku takut meluahkan rasaku
Tapi aku tahu tingkahmu
Dan tidak mungkin kau memilih bersamaku
Biarlah aku terus membisu
Mengasihimu tanpa mengira waktu
Mendoakanmu dengan setulus hatiku
Tiada ulasan:
Catat Ulasan